KEM & KURSUS

InsyAllah, dalam memantapkan pembangunan modal insan yang berkualiti dan memenuhi kehendak sesuai tuntutan Islam, Pusat Pendidikan Al Isyraq juga ingin mengambil bahagian dalam mewarnai dunia pendidikan semasa khasnya dalam pembangunan sahsiah & agama.

Berdasarkan pengalaman yang lalu, kami telah berjaya menjayakan beberapa siri pengisian cuti sekolah bagi para pelajar. Bahkan kami juga turut melibatkan peran aktif ibu bapa khasnya dalam sama-sama menjayakan pengisian program. Penglibatan ibu bapa penting dalam memantau perkembangan semasa anak-anak. Prestasi anak-anak mereka juga senantiasa dikemaskini sewaktu hari pertemuan ibu bapa & guru.

Antara program-program yang telah dijayakan :
1. Kem Bestari Solat  1 & 2
2. Program Najahul Haayah 1 & 2

No comments:

Post a Comment