KELAS AL QURAAN & FARDU AIN

Pihak kami menawarkan perkhidmatan kelas pengajian Al Quraan dan Iqra' untuk wanita dewasa dan kanak-kanak (5 tahun - 17 tahun) dengan menekankan asas tajwid, fardu ain dan tafsir serta tergantung kepada peringkat umur. Konsep pembelajaran terbahagi kepada 2 iaitu 'class centre' (kelas pengajian) dan  'home tilawah' (kerumah/pejabat).


'Bimbing, Latih, Mahir' adalah merupaka motto kelas pengajian kami. Dengan memberikan bimbingan yang mencukupi, diikuti latihan yang bertepatan dan bersesuaian akan memahirkan pelajar-pelajar. Di samping itu, latihan yang berterusan akan memantapkan lagi kemahiran dan penguasaan pelajar-pelajar.

Lokasi khidmat kami terbatas untuk masyarakat yang tinggal di Slibin, Jelapang, Gugusan Manjoi, Kledang dan kawasan sekitar.


KELAS MENGAJI AL-QURAN DAN TAJWID (DEWASA)

*Khas untuk orang dewasa (keutamaan perempuan)
*8 jam sebulan
*2 kali seminggu
*Individu atau berkumpulan (max:5 orang)

p/s : kelas ditangguh sehingga dimaklumkan kemudian

KELAS MENGAJI AL-QURAN/IQRA' DAN JAWI (KANAK-KANAK)

*Uuntuk kanak-kanak (5-17 tahun, lelaki/perempuan)
*8 jam sebulan
*2 kali seminggu


KELAS PENGAJIAN LUAR

Kelas Pengajian Luar dapat diartikan sebagai proses pembelajaran / pengajian yang diadakan di luar pusat pengajian. Terdapat dua jenis kelas yang ditawarkan iaitu Kelas Pengajian Rumah dan Kelas Pengajian Pejabat. Klik Di Sini












No comments:

Post a Comment