Thursday, 31 December 2015

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN


Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang terus menyokong kami selama hampir 3 tahun kami beroperasi. Kami mohon jutaan kemaafan andai ada terkurang dan salah silap dari Kelas Mengaji dan Fardhu Ain Al-Isyraq. Insya Allah kami akan cuba yang terbaik untuk tahun 2016. Selamat menyambut tahun baru 2016. Jumpa minggu hadapan ya :)

AMALAN MEMBENTUK ANAK SOLEH


Tuesday, 29 December 2015

KELAS MENGAJI 2016

πŸ“•mencari KELAS MENGAJI???πŸ“—
🏑 KELAS MENGAJI AL-QURAN DAN FARDHU AIN AL-ISYRAQ πŸ‘
KELAS MENGAJI DAN FARDHU AIN PILIHAN IBU AYAH BUAT ANAK SYURGA SOLEH DAN SOLEHAH 2016
Dimiliki oleh : Isyraq Niaga (IP0383101-D)
πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š
🌼 BIMBING, LATIH, MAHIR
πŸ‘ BIMBING
Membimbing anak-anak pelajar membaca Al-Quran/Iqra'
Memberi Penekanan pada
-Bacaan Al-quran / iqra
- solat
-Jawi
Mengajar subjek sampingan
- Akidah
- Akhlak
- Sirah
- Ibadah
- Bahasa Arab
πŸ‘ LATIH
Melatih anak-anak pelajar menjadi imam, muazzin, ketua
Membuat latihan- latihan jawi dan pendidikan Islam. Ulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan di sekolah.
πŸ‘ MAHIR
Insya Allah dengan kombinasi bimbing dan latih, anak-anak pelajar akan menjadi lebih mahir.

W/s or call : 0139754238(Ustazah Maisarah )
🏑 No 1, Lengkok Kledang Raya 9, Taman Sri Tahan, 30100 Ipoh Perak
πŸ‘‰ Tepi Restoran Sampoy Corner
πŸ‘‰ Rumah teres corner lot dua tingkat
πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰
Jadual Waktu dan Pembelajaran
Jadual A
Isnin-Selasa
9.00-11.00 pagi
Jadual B
Isnin-Selasa
3.30-5.30 petang
Jadual C (PENUH)
Isnin-Selasa
7.45-9.45 malam
Jadual D
Rabu-khamis
7.45-9.45 malam
Yuran : RM50/bulan
Pendaftaran ; RM20
Sebarang Pertanyaan
Sila hubungi:
πŸ“ž Ustazah Maisarah: 013-9754238
Jom Ke Kelas Mengaji Al-Isyraq

Ajar Anak Solat

Assalamualaikum

Ramai ibu bapa yang bertanya, selain mengaji ada ajar apa lagi ya?

Alhamdulillah. Selain mengaji Al-Quran dan belajar subjek-subjek pendidikan Islam, kami di Kelas Mengaji Al-Isyraq sangat mekankan bab-bab solat. Kami melatih anak-anak menjadi imam dan bilal, menghafaz bacaan dalam solat dengan betul, menghafaz doa-doa selepas solat dan paling penting sikit demi sikit kami cuba perbetulkan cara solat anak-anak pelajar.



Kenapa kami sangat tekankan perihal solat??

Bak kata orang-orang tua, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Mengajar anak-anak solat biarlah bermula dari kecil. 

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim daripada Amir bun Syuaib, Rasulullah s.a.w bersabda;
" Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka"

Memang menjadi satu cabaran untuk mendidik anak kecil solat. Tetapi, kami  di sini akan cuba sedaya upaya mendidik anak-anak pelajar untuk belajar solat. Sesusah manapun mengajar mereka untuk solat, kita tidak boleh berputus asa. Pastikan anak-anak kita mula solat sejak mereka kecil lagi. Anak-anak kecil, hati mereka masih lembut dan suci lagi. Masih senang untuk kita bentuk menjadi seorang muslim yang taat.

Namun, dalam mendidik anak-anak untuk mula bersolat, ada beberapa perkara yang harus kita lihat dan tekankan:

1) CONTOH DARI IBU BAPA

Ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak. Segala apa yang anak-anak lakukan bermula dari rumah. Kami guru di kelas hanya mampu mengajar mereka, perbetulkan kesalahan mereka. Kami tidak sentiasa bersama mereka. Mereka pasti jadikan perbuatan ibu bapa sebagai contoh perbuatan mereka. Ibu bapa yang rajin bersolat, pasti mampu merangsang anak-anak untuk bersolat. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri sudah liat untuk solat, potensi untuk anak-anak tidak bersolat juga tinggi.

Lakukan solat ditempat terbuka yang boleh dilihat oleh anak-anak. Lebih baik ajak anak-anak solat bersama. Jangan dimarahi mereka jika mereka masih bermain-main ketika sedang solat. Ingatkan kisah cucunda Rasulullah s.a.w Saidina Hassan dan Hussin?? Rasulullah tidak marah mereka walaupun baginda terpaksa sujud lama dalam solat. 

Ingat ya ibu ayah, anak-anak sedang perhatikan perbuatan anda. Jadi, tunjuk contoh yang baik pada anak-anak.


2) SOLAT SECARA BERJEMAAH

Sesibuk manapun kita, cuba cari ruang untuk solat berjemaah bersama anak-anak. Dari situ, anak-anak akan ijut perbuatan kita bersolat. Selepas bersolat, ambil sedikit masa untuk bercakap dengan anak-anak. Bagitahu harapan kita supaya anak-anak tidak meninggalkan solat.


3) BELIKAN TELEKUNG KANAK-KANAK, KOPIAH YANG SESUAI DAN SELESA

Belikan telekung yang cantik untuk anak perempuan dan kopiah/songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka sebelum mula solat. Boleh beri sedikit pujian ketika mereka memakai telekung/songkok. Jangan dimarahi mereka andai mereka hanya memakainya sekejap sahaja. Tak apa. Ulangi lagi perbuatan itu. Lama-lama mereka sendiri minta untuk dipakaikan telekung/ songkok.


4) MENGHARGAI DAN MEMBERI PUJIAN

Selepas mereka selesai solat, peluklah anak-anak dan beri sedikit pujian. insya Allah mereka akan rasa gembira dan hendak solat lagi selepas itu :)


5) ISTIQAMAH

YA, Istiqamah. Berterusanlah melakukan perkara-perkara di atas. Sabar kerana kesabaran itu penting dalam mendidikan anak-anak mula solat. Jika rasa putus asa, tarik nafas, dan istighfar. Ingatlah, itu satu jihad agama. Jangan hiarkan putus asa membelenggu kita. Jangan biarkan anak-anak tidak solat. Bimbang nanti bila mereka besar mereka sudah terbiasa dan mereka akan meremehkan solat.


Akhirnya, marilah kita sama-sama amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud
" Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan semikian jugalah zuriat keturunanku. wahai Tuhanku!! Perkenankanlah doa permohonanku"

Mudah-mudahan anak-anak menjadi saham terbaik untuk kita di akhirat kelak.

Sunday, 20 December 2015

Kelas Mengaji Al-Quran Al-Isyraq

Bismillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, cuti sekolah ini kelas masih berjalan seperti biasa.. Sepanjang cuti sekolah ini, kami banyak buat hafazan, ulangkaji bab-bab asas akidah, ibadat dan penekanan dalam solat.. Semoga anak-anak pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diajar sepenuhnya..

Ini pandangan hadapan kelas kami.


Ruang hadapan kelas. Kami sediakan kerusi khas untuk ibu bapa yang menunggu anak-anak dan buat anak-anak berehat sementara menunggu ibu bapa datang.



Kawasan tepi kelas. Luas dan selesa untuk aktiviti luar anak-anak.


Ruang solat


Tempat mengambil wuduk bagi lelaki.



Ruang kelas untuk pelajar yang berumur 4-7 tahun. Menempatkan 12-15 orang pelajar pada satu sesi kelas.



Ruang kelas untuk pelajar yang berumur 8-11 tahun. 



Alhamdulillah. Kelas baru untuk pelajar yang berumur 12 tahun dan ke atas. 2016 kelas ini akan mula digunakan sepenuhnya.


Kelas Mengaji Al-Quran Al-Isyraq
No 1, Lengkok Kledang Raya 9,
Taman Sri Tahan
30100 Ipoh Perak

Landmark : Restoran Sampoy Corner



Sunday, 6 December 2015

DANA WAQAF AL-ISYRAQ

DANA WAQAF PENDIDIKAN AL-ISYRAQ
Dana Waqaf Pendidikan adalah alternative yang dikumulkan hasil sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai pendidikan khasnya dalam pendidikan agama. Kesedaran mewujudkan dana ini adalah umtuk memberi kesempoatan dan peluang kepada pelajar yang mempunyai kesungguhan dalam mendalami agama tetapi kendala dari aspek kewangan.

Kumpulan sasar:
1)   Anak yatim
2)   Pelajar yang datang dari keluarga yang  
       keterbatasan ekonomi

JENIS DANA WAQAF
1)Dana waqaf Umum
Bersifat umum dan tidak terikat. Jumlah sumbangan adalah terpulang kepada penyumbang. Tiada batasan waktu

 2) Dana Waqaf Individu
Membiayai seorang pelajar   hingga tamat mengaji. Jumlah waqaf ialah nilaian yuran pengajian perbulan iaitu RM50.

Kami mengalu-alukan sumbangan dari anda semua bagi membantu lebih ramai pelajar untuk terus mengaji sehingga tamat
Sumbangan boleh disalurkan ke :
Am Bank : 8881004107428
(Isyraq Niaga)

Maybank :163064128157
(Siti Maisarah)


“Apabila mati seorang anak adam (manusia) maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendokannya”

SYARAT DAN PERATURAN KELAS

1. Tarikh bayaran yuran adalah pada MINGGU PERTAMA setiap bulan. Sila maklumkan kepada kami jika terdapat masalah dengan pembayaran yuran.
2. Yuran perlu dibayar seperti biasa walaupun anak tuan/puan tidak hadir ke kelas sehinggalah diisytiharkan berhenti.
3. Sila maklumkan kepada kami sekiranya anak-anak tuan/puan tidak dapat hadir
4. Pelajar perlu hadir sekurang-kurangnya 5 minit sebelum kelas bermula.
5. Untuk kelas petang, praktikal solat akan diadakan 20 minit sebelum pulang dan untuk kelas malam pula pada jam 7.45 (solat maghrib) atau 20 minit sebelum pulang.
6. Pastikan pelajar membawa alat tulis, buku nota dan kelengkapan belajar yang lain secukupnya.
7. Untuk keselamatan pelajar, pihak kami berhak untuk tidak membenarkan pelajar pulang jika terdapat keraguan pada orang yang menjemput. Ibu bapa boleh maklumkan kepada guru jika menghantar wakil untuk menjemput mereka.
8. Sentiasa berpakaian kemas. Pakaian bagi pelajar lelaki ialah baju melayu/jubah, berkopiah/songkok. Pakaian bagi pelajar perempuan ialah baju kurung/jubah, bertudung.
9. Seluar jeans, t-shirt dan baju tidur adalah TIDAK DIBENARKAN (Adab Menuntut Ilmu).
10. Kelas ini mengikut sukatan pelajaran JQAF disekolah. Pihak kami akan membuat sesi ulangkaji subjek agama Islam seminggu sebelum peperikasaan.
11. Pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas TIDAK DIBENARKAN menggantikan kelas pada jadual yang lain bagi mengelakan kekeliruan pembelajaran dan lebihan pelajar di dalam kelas
12. Nisbah guru dan pelajar bagi setiap kelas ialah 1:12 atau 1:15.
13. Majlis khatam Al-Quran akan diadakan 2 kali setahun (mengikut keadaan) dan jamuan disediakan oleh ibu bapa yang anak-anak mereka telah khatam.
14. Kelas akan bercuti pada minggu pertama cuti sekolah yang panjang dan hari-hati kebesaran.
15. Jadual kelas malam pada bulan puasa akan ditukarkan ke jadual pagi/petang dan akan dimaklumkan kepada ibu bapa sebulan sebelum puasa.
16. Sebarang masalah dan aduan boleh e-mailkan ke isyraqniaga@gmail.com atau hubungi talian 013-9754238.
17. Kami mengalu-alukan sebarang komentar dan cadangan untuk memantapkan lagi kelas.

PENGENALAN KELAS

Kelas Mengaji Al-Quran dan Fardhu ‘Ain Al-Isyraq ialah sebuah pusat pengajian persendirian yang mana dikendalikan oleh Isyraq Niaga yang menjalankan kegiatan ilmuan Islamiyyah dan Pendidikan Islam khusus untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Alhamdulillah pada 25 Februari 2013 kami telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran IP0383101-D.Kelas ini ditubuhkan atas kesedaran membantu masarakat yang inginkan kaedah pendidikan Islam, pembelajaran Al-Quran dan Iqra’ secara sistematik dan memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas KAFA.

Semoga usaha ibu bapa dan seluruh tenagapengajar dapat eningkatkan lagi kefahaman yang menyeluruh terhadap Islam, menjadikan masyarakat yang celik Al-Quran dan menjana insan cemerlang di dunia pada sudut akademik dan akhlak serta cemerlang akhirat sebagai insan yang soleh dan bertaqwa. Insya Allah.

Motto :


“Bimbing, Latih, Mahir”


Pelajaran yang ditawarkan:

1) Praktikal solat

2) Mengaji Al-Quran/Iqra’

3) Pendidikan Jawi

4) Akidah

5) Akhlak

6) Sirah

7) Bahasa Arab

8) Hafazan doa harian

9) Hafazan Surah pilihan

MAKLUMAN

Alhamdulilah, blog Isyraq Niaga kembali dapat diaktifkan kembali ke dunia maya. Pembangunan blog ini terkendala lantaran kesibukan admin dalam menyelenggara kelas pengajian Al Quraan & Iqra' yang pada ketika itu baru mula bertapak. Dan sekali lagi segala puji bagi Nya, Kelas Pengajian Al Quraan Al Isyraq kian dikenali penduduk setempat. Di samping sibuk dalam menguruskan kelas pengajian, admin juga sibuk dalam menjajaki usaha-usaha lain yang dapat dikembangkan. InsyAllah, segala usaha niaga ini akan sama-sama admin kongsikan bersama dalam waktu terdekat.

Tuesday, 1 December 2015

Kemaskini Jadual Terbaru Kelas (Disember 2015)

Jadual Terbaru Kelas Mengaji dan Fardhu Ain Al-Isyraq

Jadual A
Isnin-Selasa
9.00-11.00 pagi


Jadual B
Isnin-Selasa
3.30-5.30 petang


Jadual C
Isnin-Selasa 
7.45-9.45 malam
* Tempat terhad


Jadual D
Rabu-Khamis
7.45-9.45 malam

Monday, 30 November 2015

Kelas Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Untuk makluman, kelas mengaji Al-Quran dan Fardhu Ain berjalan seperti biasa sepanjang cuti sekolah ini.

Isnin-Selasa
3.30-5.30 petang
7.45-9.45 malam

Rabu-Khamis
7.45-9.45 malam

Semoga cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Tuesday, 29 September 2015

RUANGAN KELAS UNTUK DISEWA

Assalamulaikum wbt, dalam mengoptimalkan fungsi Pusat Pendidikan Al Isyraq (AIEC) sebagai hentian setempat untuk pendidikan. Kami membuka peluang dan kesempatan kepada guru-guru serta pensyarah yang berpengalaman untuk sama-sama bersama kami dalam meraikan dunia pendidikan harini.

Kami menawarkan ruangan kelas kami yang lengkap serta nyaman untuk proses pembelajaran dengan harga yang berpapatutan. Ini antara lain adalah untuk mempebagaikan fungsi AIEC sebagai hub ilmu setempat.

Bagi yang berminat, bolehla menghubungi Ustazah Maisarah (Guru Besar AIEC)


LOKASI KELAS YANG BAHARU

Alhamdulilah, sejak awal tahun 2015, Kelas AlQuraan & Fardu Ain Al Isyraq telah berpindah ke lokasi baru bagi menampung jumlah pelajar yang meningkat serta untuk jaminan keselamatan & kenyamanan para pelajar. Ini adalah merupakan kali kedua kami berhijrah ke premis yang baru sesuai dengan tuntutan semasa.

Lokasi yang baharu ini di Taman Sri Tahan sebetulnya hanya berjarak 100meter dari lokasi kelas lama di Taman Saz, Ipoh. Kelas baharu ini boleh menampung sehingga 4 buah kelas serentak dengan satu dewan solat utama di samping kawasan halaman luas untuk aktiviti-aktiviti dalaman para pelajar. Lokasi yang strategik iaitu bersebelahan jalan utama (Silibin - Meru), juga memberi kemudahan akses keluar masuk yang lebih praktis. 

Perpindahan ini juga umpama hijrah kecil kami dalam menyingkapi hikmah Hijrah baginda Muhammad SAW ke Madinah iaitu, untuk persiapan ke arah yang lebih baik.











Saturday, 3 January 2015

Jom Kenal Rasulullah, Nabi Kita

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571
Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa   Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„Ω‰ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„Ω‡ ΩˆΨ§Ψ΅Ψ­Ψ§Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ³Ω„Ω…
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antahra kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik..
Wallahua'lam Bissawab ....., Selamat menyambut maulidur Rasul

Friday, 2 January 2015

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidurrasul.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad..

Hari tu admin ada dengar ceramah dekat tv Al-Hijrah.. Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Farid Ravi.. " Love, is not only a words but its a verb " kata ust Kazim Elias.. Cinta ini bukan hanya kata-kata, tetapi juga pada perbuatan.

Bila ditanya, apakah kita cinta pada Rasulullullah.. kita jawab Ya! Aku cinta pada Rasulullah.. Apa bukti engkau cinta pada Rasulullah? Aku sentiasa selawat keatas junjungan mulia itu.. Lagi?? Bukti cinta kita pada Rasulullah ialah perbuatan kita. Adakah perbuatan kita itu, rutin harian kita itu, mengikut cara dan sunnah Rasulullah? Tanya balik pada diri kita...

Allahu Allah.. bersempena bulan kelahiran nabi ini, ditambah pula dengan kedatangan tahun baru, ayuh lah kita sama-sama semaikan dalam diri kita juga diri anak-anak kita, mencintai Rasulullah.. bukan hanya pada perkataan malah jua perbuatan.. Marilah kita sama-sama berusaha membawa keluarga kita mendekati sunnah Rasulullah...

Insya Allah, kami di Kelas Mengaji dan Fardhu Ain Al- Isyraq akan sedaya upaya mendidik dan menerapkan dalam diri anak-anak pelajar agar mencintai dan menghayati cara hidup Rasulullah...

Sollu alan Nabiy... Moga kita semua beroleh syafaat dari baginda di akhirat kelak... Allahua'lam....

PENDAFTARAN DIBUKA UNTUK KELAS KANAK-KANAK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM..




Untuk makluman, PENDAFTARAN bagi tahun 2015 telah dibuka.. Pendaftaran bolehlah dibuat pada hari berikut :

KELAS MALAM              :  ISNIN / SELASA      7.45 - 9.45 Malam
KELAS PAGI / PETANG :  RABU / KHAMIS     3.30 - 5.30 Petang

* Kelas pagi akan bermula pada 12/1/2015 mengikut hari persekolahan dibuka.

Perkara yang perlu dibawa semasa pendaftaran ialah :

1. Gambar berukuran pasport
2. Al-Quran / Iqra' 
3. Alat tulis

* Pelajar akan terus masuk kelas


YURAN:
1. Pendaftaran   :     RM20
2. Bulanan         :     RM50

Sebarang pertanyaan, hubungi USTAZAH MAISARAH 013-9754238

Terima Kasih


Selamat Datang 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 



Selamat Tahun Baru 2015 buat semua sahabat, pelajar dan ibu bapa kelas mengaji Al-Isyraq.. Tidak dilupakan para pengunjung blog Isyraq Niaga, Semoga tahun baru ini memberi sinar, harapan, kesihatan yang baik, kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita semua.. Dan semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Ingatlah mengenai kepentingan masa, peredarannya yang semakin singkat apabila dunia menghampiri usianya..

Selamat datang tahun 2015
Terima kasih kerana setia bersama kami

Ikhalas dari kami :
Warga Isyraq Niaga & Warga Kelas Mengaji dan Fardhu Ain Al-Isyraq