PENGENALAN
Dana Waqaf Pendidikan adalah dana alternatif yang
dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai pendidikan
khasnya dalam pendidikan agama. Kesedaran mewujudkan dana ini adalah untuk memberi
kesempatan dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesungguhan dan
minat dalam mendalami agama tetapi mempunyai kendala dari aspek kewangan.
Dana Waqaf Pendidikan juga adalah merupakan
kesempatan terbaik dan lahan amal bagi penyumbang-penyumbang yang berkemampuan
untuk menyisakan sedikit kelebihan yang mereka ada di jalan Allah.
Asas kepada Wakaf adalah bersumberkan hadis Nabi
Muhammad saw (maksudnya):
“Apabila mati sahaja seseorang anak Adam (manusia) maka
terputuslah segala
amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (Wakaf), ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya.”
amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (Wakaf), ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya.”
Dari huraian hadis di atas, dapat diambil contoh
akan aktiviti berasaskan wakaf dimana:
i) ada barangan atau
aset atau sesuatu yang di wakafkan
ii)
barangan itu dimanfaatkan secara berterusan
Antara contoh aktiviti wakaf dari hadis di atas
adalah:
1. Pembangunan Masjid dan juga tempat beribadat
2. Projek saliran air sungai
3. Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan
aktiviti pembacaan
4. Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya
5. Pembangunan pertanian
6. Program pendidikan ilmu yang berguna dan
diamalkan
7. Progam pembangunan keluarga bahagia teladan
Jelas bahawa program
wakaf amat luas dan tidak terbatas kepada projek “keagamaan” semata-mata tetapi
meluas kepada apa-apa aktiviti yag menepati amal yang soleh dan berkepentingan
awam. Boleh disimpulkan bahawa aktiviti baik yang berterusan dan mendatangkan
manfaat kepada pihak lain adalah dalam ruang lingkup wakaf atau sadaqah jariah.
Firman Allah SWT di
dalam Surah Al-Baqarah 2:177 (bermaksud):
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu
kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang yang
beriman kepada: [1] Allah, [2] Hari kemudian (Akhirat), [3] Malaikat-malaikat, [4]
Kitab-kitab, [5] Nabi-nabi, dan memberikan harta
yang dicintainya kepada: [6] Kerabatnya [7] Anak-anak yatim , [8]
Orang-orang miskin [9] Musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang
yang meminta-minta; dan [10] (Memerdekakan) hamba sahaya [11] Mendirikan
sembahyang, dan [12] Menunaikan zakat; dan [13] Orang-orang yang menepati
janjinya apabila dia berjanji, dan [14] Orang-orang yang sabar dalam
kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar
(imannya); dan Mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”
OBJEKTIF
1. Memberi
kesempatan dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan
kesungguhan dalam bidang agama tetapi mempunyai kendala dari segi kewangan
2. Memberi
ruang dan kesempatan untuk kita mempraktikal konsep kebersamaan dan saling
berbagi
3. Mewujudkan
generasi pelapis negara yang mempunyai nilai-nilai agama dan moral yang tinggi
dalam kehidupan sehari-hari
KUMPULAN
SASAR
1. Anak-anak
yatim
2. Pelajar-pelajar
yang datang dari keluarga dengan kerterbatasan ekonomi
Pemilihan kanak-kanak
ini juga didasarkan kepada kesungguhan dan minat mereka sendiri dalam mendalami
agama dengan mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada ibu bapa atau
penjaga yang sah. Di samping itu,
pemilihan juga didasarkan kepada komitmen ibu bapa sendiri dalam memastikan
kehadiran anak-anak mereka dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh kelas
pengajian Al Isyraq.
PEMBIAYAAN
Untuk
langkah permulaan, kami merencanakan dana waqaf ini terbahagi kepada dua iaitu
:
1. Dana
Waqaf Individu
2. Dana
Waqaf Umum
Dana
Waqaf Individu adalah dana yang digunakan untuk
membiayai individu yang ditaja, dan ianya bersifat mengikat dan tertakluk
kepada tempoh waktu. Yang dimaksudkan di sini adalah, pihak penyumbang terikat
kepada jumlah yang tetap untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai
contoh, biaya bulanan perindividu adalah sebanyak RM40 dan tempoh tajaan adalah
selama 6 bulan atau setahun penuh. Setiap pembaharuan tajaan dapat dilakukan
sebelum tempoh tajaan berakhir. Selain daripada itu, kami yang bertindak
sebagai perantara juga berharap adanya pertemuan di antara pihak penyumbang dan
penerima sebagai upaya untuk mengeratkan lagi silaturahmi selain motivasi
tambahan kepada pelajar-pelajar tersebut.
Dana
Waqaf Umum pula adalah bersifat umum dan tidak mengikat.
Jumlah sumbangan adalah tertakluk kepada penyumbang dan tidak ada batas waktu
yang tertentu.
AHLI
PEMEGANG AMANAH
Bagi memastikan kelancaran dana waqaf ini, pihak
kami juga melantik pihak ketiga selaku pemantau dana ini. Ini bagi memastikan
ketelusan dalam mengagihkan bantuan di samping sebagai penasihat teknikal dalam
pemilihan calon pelajar serta pemeriksa kira-kira. Kami berbesar hati melantik
Puan Nafizah binti Abdul Malik, Pemilik Pusat Jagaan & Transit Oo Lala,
Taman Germuda. Pemilihan beliau berdasarkan kepada pengalaman luas beliau dalam
pendidikan awal kanak-kanak peringkat Negeri Perak dan Kebangsaan serta
mempunyai visi yang sama dengan kami.
KEWANGAN
Bagi yang berminat ingin mengambil bahagian dalam
waqaf pendidikan ini, bolehlah berurusan langsung dengan kami atau terus menyalurkan
sumbangan ke akaun :
Bank : Maybank
No akaun :
163064128157
Nama
pemilik :
Siti Maisarah binti Mohd Zukri
KESIMPULAN
Adalah menjadi harapan kami, dengan adanya dana
waqaf pendidikan ini dapat memberi lebih banyak peluang pendidikan agama kepada
pelajar-pelajar yang memerlukan. Di samping itu, dana waqaf ini juga boleh
menjadi saksi tali kasih kita saudara seagama. Semoga apa yang kita kerjakan
ini, dipermudahkan Allah SWT.
Pengurus
Kelas Pengajian Al Isyraq
94 Lengkok Kledang Raya Taman Saz, 30100
Ipoh, Perak
05-5262508 / 013-9754238
www.isyraqniaga.blogspot.com