Tidak seperti hari-hari lain, minggu ini kami di kelas pengajian mengadakan pembelajaran berkonsepkan santai. Para pelajar dibagi kepada beberapa kumpulan mengikut umur dan ditugaskan untuk menyelesaikan tugasan tersebut dalam waktu yang ditetapkan. Tugasan yang diagihkan telah ditetapkan sesuai tema iaitu minggu penghayatan Islam. Antara tugas yang ada adalah; mewarna huruf-huruf hijaiah (untuk pelajar berusia 5-7 tahun), rukun Islam & rukun Iman serta banyak lagi.
Antara tujuan diadakan aktiviti sedemikian adalah untuk menarik minat mereka untuk lebih menghayati Islam secara asas serta menghilangkan persepsi tentang malas belajar agama kerana topik agama membosangkan, serta melatih kreativiti mereka dalam mengolah apa yang mereka faham dalam konsep bermain sambil belajar. Melalui kepelbagaian proses belajar akan turut melatih mereka lebih kritis dan kreatif dalam memahami sesuatu. Kami selalu mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran sejajar dengan perkembangan usia mereka.
No comments:
Post a Comment