Tuesday, 15 April 2014

Proses penambahbaikan Kelas Pengajian Al Isyraq

Alhamdulilah, kami telah melakukan beberapa penambahbaikan di kelas pengajian kami untuk memastikan proses belajar dan mengajar selalu nyaman dan selesa di samping menyediakan beberapa kemudahan asas lain untuk praktikal seperti dewan solat yang dilengkapi dengan karpet serta tempat wudu' dengan 3 pili. Penambahbaikan kemudahan ini selari dengan hasrat kami untuk turut memastikan apa yang mereka pelajari secara teori dan dilakukan secara amali.


halaman depan kelas pengajian
kelas diserikan dengan penggunaan carta dinding
ruangan kelas utama
ruangan kelas utama
dewan solat yang telah dilengkapkan dengan karpet
dewan solat
jadwal bertugas (sesi malam)
ruangan belajar untuk kanak-kanak
ruangan belajar
2 bilik air
tempat wudu' yang dilengkapi dengan 3 pili

Wednesday, 9 April 2014

3 Amal

Bercerita sahabat saya tentang amal yg seringkali dilupakan bahkan sengaja dilupakan.. Kisah ini bermula tatkala gurunya koma di hospital...tatkala itu,sang gurunya bercerita tentang apa yang beliau dilihatkan tatkala ia tidak sedarkan diri tempoh hari....bahwa setiap amalan beliau tatkala didunia diperlihatkan dan dihisab...amalan apakah itu? Adakah amalan beliau sebagai guru agama dan maqasid selama ini tidak dinilai Allah..... 

Sang berguru bercerita akan 3 hal iaitu ;
1. Kisah dimana beliau menyerahkan seekor ikan kepada kucing kelaparan...bukan sisa ikan,tapi ikan yang dimasak dengan baik untuk santapan beliau.. 
2. Adalah menjadi tabiat gurunya mengutip sampah2 kecil dimasjid tatkala org berceramah,dan disimpan didalam poket bajunya...dibuang apabila ketemu tong sampah 
3. Sedang ia berkendara,terlihat seorang tua yang melintas di jalan...langsung diberhentikan kenderaannya dan menolong orang tua itu melintas 

Apakah pelajaran yang diperolehi? Bahwa sesungguhnya,Allah menilai hambaNya bukan sekadar pada amalan dengan Allah,tapi juga amalan sesama makhluk.."hablun minnal nas,hablun minnal Allah" Segala amalan kita diperhitungkan Allah hatta sekecil zaharah,asalkan ianya kerana Allah...

Thursday, 3 April 2014

Belajar & Santai

Tidak seperti hari-hari lain, minggu ini kami di kelas pengajian mengadakan pembelajaran berkonsepkan  santai. Para pelajar dibagi kepada beberapa kumpulan mengikut umur dan ditugaskan untuk menyelesaikan tugasan tersebut dalam waktu yang ditetapkan. Tugasan yang diagihkan telah ditetapkan sesuai tema iaitu minggu penghayatan Islam. Antara tugas yang ada adalah; mewarna huruf-huruf hijaiah (untuk pelajar berusia 5-7 tahun), rukun Islam & rukun Iman serta banyak lagi.

Antara tujuan diadakan aktiviti sedemikian adalah untuk menarik minat mereka untuk lebih menghayati Islam secara asas serta menghilangkan persepsi tentang malas belajar agama kerana topik agama membosangkan, serta melatih kreativiti mereka dalam mengolah apa yang mereka faham dalam konsep bermain sambil belajar. Melalui kepelbagaian proses belajar akan turut melatih mereka lebih kritis dan kreatif dalam memahami sesuatu. Kami selalu mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran sejajar dengan perkembangan usia mereka.










Tuesday, 1 April 2014

Pusat Pengajian Baru

Alhamdulilah, Isyraq Niaga (Kelas Pengajian Al Isyraq) telah mencatatkan sejarah tersendiri pada 29 Mac 2014 yang lalu dengan pembukaan kelas pengajian yang baharu. Ini adalah merupakan proses hijrah warga kerja Isyraq Niaga dalam upaya memantapkan dan mengembangkan lagi usaha yang diceburi. Proses penghijrahan ini adalah penting dalam menyediakan pusat pengajian yang selesa, selamat dan sesuai untuk sebarang aktiviti pengajian.

Lokasi Kelas Pengajian yang baharu ini terletak hanya bersebelahan dengan premis lama. Kerja-kerja menaiktaraf kelas pengajian masih giat dilakukan termasuk penyediaan dewan solat untuk kegunaan solat berjemaah dan praktikal solat. Di samping itu, kelas pengajian baru ini mempunyai 4 ruangan kelas yang boleh menampung lebih ramai pelajar tanpa mengenepikan persoalan keselesaan dan kenyamanan pelajar.