Monday, 1 December 2014

MAKLUMAN : YURAN

Assalamualaikum..

Bermula November 2014 kadar yuran bagi setiap pelajar dinaikkan kepada RM50 sebulan. Hal ini dikira atas faktor-faktor berikut

1. Waktu pembelajaran yang telah dipanjangkan ke 2 jam
2. Kenaikan kos operasi
3. Penambahbaikan alat bantu mengajar

Sekian terima kasih

Monday, 17 November 2014

JADUAL BARU KELAS MENGAJI DAN FARDHU AIN

Assalamualaikum...

Bermula November 2014, jadual baru kelas mengaji Al-Quran dan Fardhu Ain telah dikeluarkan seperti mana berikut :


KELAS KANAK-KANAK

Jadual A 
Isnin - Selasa
9.00 pagi - 11.00 pagi

Jadual B
Isnin - Selasa
7.45 malam - 9.45 malam

Jadual C
Rabu - Khamis
3.30 petang - 5.30 petang

Jadual D
Rabu - Khamis
7.45 malam - 9.45 malam


KELAS DEWASA

Rabu - Khamis
8.00 malam - 9.30 malam




Tuesday, 30 September 2014

Majlis Khatam Al Quraan

Alhamdullilah, buat julung-julung kalinya kelas Al Quraan & Fardu Ain Al Isyraq telah berjaya mengadakan majlis khatam Al Quraan pada 23  september 2014 yang lalu. Majlis ini adalah untuk meraikan adik Farhat dan adik Sarah yang telah menamatkan Al Quraan tempoh hari dan juga diserikan dengan kedatangan keluarga mereka. Jamuan secara kecil-kecilan juga diadakan selepas tamatnya majlis khatam bersama pelajar-pelajar lain.











Tuesday, 5 August 2014

Salam Aidilfitri


Alhamdulilah, kita telah meraikan kemenangan Ramadhan dengan meraikan Aidilfitri. Semoga segala amal kita sepanjang bulan ramadhan diterima Allah. 

Berkaitan rencana pembukaan cawangan di Taman Jati, seperti hasrat kami perlu ditangguhkan sementara waktu terkait tuan rumah telah menyewakan kepada pihak lain. Walaupun sayang, kami menerima dengan berlapang dada keputusan tuan kedai dan menggangap ianya sebagai cabaran dalam dunia usaha. Tapi, insyAllah kami kembali melakukan pencarian tempat yang strategik untuk cawangan kami di sekitar Taman Jati /Meru dan kawan sekitarnya dan akan memaklumkan kelak apabila ianya siap untuk. beroperasi


Manakala untuk kelas induk di Taman Saz, Silibin, kami akan kembali beroperasi setelah 2minggu bercuti sempena ramadhan dan Aidilfiri. Kelas akan kembali di buka pada 11 Ogos 2014 dan pada waktu yang sama kami juga menerima pendaftaran pelajar-pelajar baru.

Di samping itu, sebagai himbauan kepada ibubapa/penjaga para pelajar, kami akan mengadakan Jamuan Raya & Hari Jalinan Kasih yangmana turut melibatkan setiap ibubapa/penjaga. Antara tujuan utama adalah untuk bersilaturahmi dengan ibubapa para pelajar disamping mengadakan perjumpaan dengan ibubapa dan membicarakan perkembangan serta pencapaian anak-anak mereka. Diharapkan, program seperti ini adalah titik balik kepada kesinambunangan pembelajaran yang berterusan.


Terkait Jamuan Hari Raya & Hari Jalinan Kasih
Tarikh : 16 Ogos 2014
Waktu : 11 pagi - 3 petang

Saturday, 19 July 2014

Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulilah, bulan ramadhan telah memasuki fasa ke 3 dimana semua ummat Islam berlumba-lumba dalam menambah amal di samping memburu malam lailatul qadar. Ibadah di dalam bulan ramadhan dijanjikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah. Kesempatan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh ummat Islam dalam meraih sifat rahman dan rahim Allah SWT.

Monday, 2 June 2014

DANA WAQAF PENDIDIKAN AL ISYRAQ


PENGENALAN

Dana Waqaf Pendidikan adalah dana alternatif yang dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai pendidikan khasnya dalam pendidikan agama. Kesedaran mewujudkan dana ini adalah untuk memberi kesempatan dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesungguhan dan minat dalam mendalami agama tetapi mempunyai kendala dari aspek kewangan.

Dana Waqaf Pendidikan juga adalah merupakan kesempatan terbaik dan lahan amal bagi penyumbang-penyumbang yang berkemampuan untuk menyisakan sedikit kelebihan yang mereka ada di jalan Allah.

Asas kepada Wakaf adalah bersumberkan hadis Nabi Muhammad saw (maksudnya):

“Apabila mati sahaja seseorang anak Adam (manusia) maka terputuslah segala 
amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (Wakaf), ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya.”

Dari huraian hadis di atas, dapat diambil contoh akan aktiviti berasaskan wakaf dimana:

i) ada barangan atau aset atau sesuatu yang di wakafkan
ii) barangan itu dimanfaatkan secara berterusan

Antara contoh aktiviti wakaf dari hadis di atas adalah:

1. Pembangunan Masjid dan juga tempat beribadat
2. Projek saliran air sungai
3. Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan aktiviti pembacaan
4. Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya
5. Pembangunan pertanian
6. Program pendidikan ilmu yang berguna dan diamalkan
7. Progam pembangunan keluarga bahagia teladan

Jelas bahawa program wakaf amat luas dan tidak terbatas kepada projek “keagamaan” semata-mata tetapi meluas kepada apa-apa aktiviti yag menepati amal yang soleh dan berkepentingan awam. Boleh disimpulkan bahawa aktiviti baik yang berterusan dan mendatangkan manfaat kepada pihak lain adalah dalam ruang lingkup wakaf atau sadaqah jariah.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah 2:177 (bermaksud):
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang yang beriman kepada: [1] Allah, [2] Hari kemudian (Akhirat), [3] Malaikat-malaikat, [4] Kitab-kitab, [5] Nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada: [6] Kerabatnya [7] Anak-anak yatim , [8] Orang-orang miskin [9] Musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan [10] (Memerdekakan) hamba sahaya [11] Mendirikan sembahyang, dan [12] Menunaikan zakat; dan [13] Orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji, dan [14] Orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan Mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”

OBJEKTIF

1.      Memberi kesempatan dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan kesungguhan dalam bidang agama tetapi mempunyai kendala dari segi kewangan
2.      Memberi ruang dan kesempatan untuk kita mempraktikal konsep kebersamaan dan saling berbagi
3.      Mewujudkan generasi pelapis negara yang mempunyai nilai-nilai agama dan moral yang tinggi dalam kehidupan sehari-hari

KUMPULAN SASAR

1.      Anak-anak yatim
2.      Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga dengan kerterbatasan ekonomi

Pemilihan kanak-kanak ini juga didasarkan kepada kesungguhan dan minat mereka sendiri dalam mendalami agama dengan mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.  Di samping itu, pemilihan juga didasarkan kepada komitmen ibu bapa sendiri dalam memastikan kehadiran anak-anak mereka dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh kelas pengajian Al Isyraq.

PEMBIAYAAN

            Untuk langkah permulaan, kami merencanakan dana waqaf ini terbahagi kepada dua iaitu :
1.      Dana Waqaf Individu
2.      Dana Waqaf Umum

Dana Waqaf Individu adalah dana yang digunakan untuk membiayai individu yang ditaja, dan ianya bersifat mengikat dan tertakluk kepada tempoh waktu. Yang dimaksudkan di sini adalah, pihak penyumbang terikat kepada jumlah yang tetap untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, biaya bulanan perindividu adalah sebanyak RM40 dan tempoh tajaan adalah selama 6 bulan atau setahun penuh. Setiap pembaharuan tajaan dapat dilakukan sebelum tempoh tajaan berakhir. Selain daripada itu, kami yang bertindak sebagai perantara juga berharap adanya pertemuan di antara pihak penyumbang dan penerima sebagai upaya untuk mengeratkan lagi silaturahmi selain motivasi tambahan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Dana Waqaf Umum pula adalah bersifat umum dan tidak mengikat. Jumlah sumbangan adalah tertakluk kepada penyumbang dan tidak ada batas waktu yang tertentu.
  
AHLI PEMEGANG AMANAH

Bagi memastikan kelancaran dana waqaf ini, pihak kami juga melantik pihak ketiga selaku pemantau dana ini. Ini bagi memastikan ketelusan dalam mengagihkan bantuan di samping sebagai penasihat teknikal dalam pemilihan calon pelajar serta pemeriksa kira-kira. Kami berbesar hati melantik Puan Nafizah binti Abdul Malik, Pemilik Pusat Jagaan & Transit Oo Lala, Taman Germuda. Pemilihan beliau berdasarkan kepada pengalaman luas beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak peringkat Negeri Perak dan Kebangsaan serta mempunyai visi yang sama dengan kami.


KEWANGAN

Bagi yang berminat ingin mengambil bahagian dalam waqaf pendidikan ini, bolehlah berurusan langsung dengan kami atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun :
            Bank                :  Maybank
            No akaun         :  163064128157
            Nama pemilik  :  Siti Maisarah binti Mohd Zukri


KESIMPULAN

Adalah menjadi harapan kami, dengan adanya dana waqaf pendidikan ini dapat memberi lebih banyak peluang pendidikan agama kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Di samping itu, dana waqaf ini juga boleh menjadi saksi tali kasih kita saudara seagama. Semoga apa yang kita kerjakan ini, dipermudahkan Allah SWT.


Pengurus
Kelas Pengajian Al Isyraq
94 Lengkok Kledang Raya Taman Saz, 30100
Ipoh, Perak
05-5262508 / 013-9754238

www.isyraqniaga.blogspot.com

Saturday, 31 May 2014

Kem Bestari Solat (Mei 2014)

Alhamdulilah, Kem Bestari Solat telah berjaya diadakan dengan jayanya di Kelas Pengajian Al Isyraq. Kem ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi siang dan sesi malam. Untuk kem sesi siang, kami bekerjasama dengan Pusat Jagaan Ooo La La Intan dan beberapa buah pusat jagaan yang berdekatan. 

Motif yang disasarkan juga dapat dicapai dengan sempurna walau ada beberapa yang harus diperbaiki terutama ledakan pelajar di saat-saat akhir, agak mengagetkan kami di pihak penganjur. Sambutan yang begitu baik mencerminkan bahwa program-program berunsurkan keIslaman kembali mendapat tempat. Untuk masa mendatang, kem seumpama ini dapat diadakan lebih kerap lagi mengingat matlamat utama kem ini adalah solat dan pengisiannya, ini penting untuk pendedahan awal kepada para pelajar.

Selain menekankan aspek solat dan praktikalnya, diselitkan slot motivasi terutama adab terhadap kedua ibubapa, orang tua serta rakan-rakan. Slot ini penting untuk mengingatkan kembali para pelajar ini apa yang harus dan tidak boleh dilakukan terutama kepada orang tua mereka.





















Tuesday, 20 May 2014

Solat Berjemaah

Alhamdulilah, setiap sesi kelas menggaji akan diselitkan praktikal solat. Antara tujuan utama adalah untuk memastikan para pelajar terbiasa dan mampu menguasai bacaan-bacaan solat serta kesempatan kepada para tenaga pengajar untuk membetulkan rukun-rukun fikli (perbuatan) dan qauli (bacaan). Ibarat pepatah lama mengatakan, 'Alah bisa tegal biasa'. Terkadang, sedikit paksaan diperlukan untuk memulakan asas yang baik.



Saturday, 17 May 2014

Asas-asas Menggaji

Untuk mendapatkan bacaan Al Quraan yang lancar dan benar tajwidnya, asas-asas pengenalan Al Quraan haruslah kukuh terutama huruf hijaiyah serta sebutan yang benar. Prinsip ini sama sepertimana kita sendiri mempelajari A B C D ...... Z, apabila kita mampu mengenali dan mengetahui sebutan asas, adalah mudah untuk kita mengeja dan membaca.
Dewasa ini, pelbagai kaedah menggaji ditawarkan dengan kepelbagaian metode pengajaran. Tapi asas masih sama iaitu mengguasai dan mengenali huruf hijaiyah dengan baik dan sempurna. Bagi kami, metode penggajian Iqra digabung jalingkan dengan Muqadam untuk mempertingkat penguasaan bacaan setiap pelajar agar lebih baik. Muqadam adalah teknik bacaan asas yang banyak dipakai beberapa tahun lalu sebelum kemunculan Iqra. Muqadam membiasakan pelajar-pelajar mengenal huruf asas hijaiyah lebih baik dibandingkan Iqra yang langsung memperkenalkan bacaan berbaris. Ini terkadang mengelirukan pelajar-pelajar dalam setiap sebutan. Selain itu, kaedah muqadam juga lebih baik untuk memperkenalkan asas-asas jawi kepada pelajar-pelajar.

Kem Bestari Solat

Cuti sekolah kian hampir dan pelbagai kegiatan dan rancangan telah diatur untuk memeriahkan cuti sekolah ini. Tidak terkecuali juga dengan kelas pengajian, kami juga merencanakan kem praktikal solat. Kem praktikal solat ini adalah merupakan edisi ke 2, merupakan kesinambungan daripada kem terdahulu yang juga diadakan pada cuti sekolah. Antara idea utama untuk kembali meneruskan kem praktikal solat ini adalah untuk  memantapkan pemahaman asas secara teori dan praktikal serta untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar ini merasakan suasana solat berjemaah yang lengkap yang mana ada imam, bilal serta makmun.

Selain itu, pihak kami juga merasakan pentingnya untuk mendedahkan dari awal tentang solat-solat sunnat yang boleh diamalkan serta solat jenazah.

Jadwal Semasa sesi 2014

Alhamdulilah, banner lama telah ditambah baik terutama berkenaan sesi kelas pengajian dewasa dan kanak-kanak. Dikarenakan masih layak pakai,  pihak kami hanya melakukan sedikit perubahan pada banner memandangkan kelas pengajian masih dalam fasa menaik taraf. Dengan perkembangan semasa, kelas pengajian kanak-kanak sudah mempunyai 3 jadwal iaitu sesi pagi (isnin & selasa), sesi petang (rabu & khamis) dan sesi malam (isnin & selasa). Manakala kelas pengajian dewasa masih tetap pada sabtu & ahad jam 11 pagi.

Pihak kami bukan sekadar menerima pelajar-pelajar baru, tapi turut diperkuat dengan kedatangan seorang tenaga pengajar baru khasnya untuk sesi malam (kelas kanak-kanak). Jadi, keseluruhan tenaga pengajar untuk sesi malam adalah seramai 3 orang. 2 orang ustazah untuk 2 kelas permulaan dan kelas pertengahan, manakala seorang ustaz untuk praktikal solat dan kelas pengajian khas.

Monday, 5 May 2014

Adik, Jom Solat

Dari 'Amru bin Shu'aib, dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata:
"Suruhlah anak-anak kecilmu melakukan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (bila lalai) atasnya pada umur sepuluh tahun dan pisahlah tempat-tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan)".
(H.R Ahmad dan Abu Daud, dalam kitab Nailul Autor, Juzuk 1 Hal 348)


Hadith di atas menunjukkan wajibnya bagi orang tua menyuruh (mendidik) anak-anaknya untuk melakukan solat, apabila mereka sudah berusia tujuh tahun. Dan mereka harus dipikul (diberi hukuman) jika mereka meninggalkannya, apabila berusia sepuluh tahun. Dan mereka harus dipisahkan tempat tidur.



Hamzah (5 tahun) dan Khadijah (6 tahun) dengan buku Adik, Jom Solat..
Alhamdulillah, mereka sekarang sedang menghafal cara-cara mengambil mengambil air sembahyang dan niat-niat solat..
Kami praktik kan terus apa yang mereka hafal supaya mudah bagi mereka mengingati step-step mengambil air sembahyang :)

Ustazah doakan semoga adik Hamzah dan Khadijah cepat menguasai kemahiran solat ini.. Nanti dah umur 7 tahun dah boleh solat dengan sempurna.. Amin..



PENDAFTARAN kelas mengaji Al-Quran dan Fardhu 'Ain Al-Isyraq DIBUKA!!
Sila semak jadual waktu yang telah di sediakan DISINI.



Tuesday, 15 April 2014

Proses penambahbaikan Kelas Pengajian Al Isyraq

Alhamdulilah, kami telah melakukan beberapa penambahbaikan di kelas pengajian kami untuk memastikan proses belajar dan mengajar selalu nyaman dan selesa di samping menyediakan beberapa kemudahan asas lain untuk praktikal seperti dewan solat yang dilengkapi dengan karpet serta tempat wudu' dengan 3 pili. Penambahbaikan kemudahan ini selari dengan hasrat kami untuk turut memastikan apa yang mereka pelajari secara teori dan dilakukan secara amali.


halaman depan kelas pengajian
kelas diserikan dengan penggunaan carta dinding
ruangan kelas utama
ruangan kelas utama
dewan solat yang telah dilengkapkan dengan karpet
dewan solat
jadwal bertugas (sesi malam)
ruangan belajar untuk kanak-kanak
ruangan belajar
2 bilik air
tempat wudu' yang dilengkapi dengan 3 pili