Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang terus menyokong kami selama hampir 3 tahun kami beroperasi. Kami mohon jutaan kemaafan andai ada terkurang dan salah silap dari Kelas Mengaji dan Fardhu Ain Al-Isyraq. Insya Allah kami akan cuba yang terbaik untuk tahun 2016. Selamat menyambut tahun baru 2016. Jumpa minggu hadapan ya :)
AL ISYRAQ EDUCATION CENTRE
AIEC adalah hentian setempat yang menawarkan perkhidmatan berasaskan perkhidmatan pendidikan khasnya AlQuraan & Fardu AIn
Thursday, 31 December 2015
Wednesday, 30 December 2015
Tuesday, 29 December 2015
KELAS MENGAJI 2016
πmencari KELAS MENGAJI???π
π‘ KELAS MENGAJI AL-QURAN DAN FARDHU AIN AL-ISYRAQ π‘
KELAS MENGAJI DAN FARDHU AIN PILIHAN IBU AYAH BUAT ANAK SYURGA SOLEH DAN SOLEHAH 2016
Dimiliki oleh : Isyraq Niaga (IP0383101-D)
πππππππππππππ
πΌ BIMBING, LATIH, MAHIR
π BIMBING
Membimbing anak-anak pelajar membaca Al-Quran/Iqra'
Membimbing anak-anak pelajar membaca Al-Quran/Iqra'
Memberi Penekanan pada
-Bacaan Al-quran / iqra
- solat
-Jawi
-Bacaan Al-quran / iqra
- solat
-Jawi
Mengajar subjek sampingan
- Akidah
- Akhlak
- Sirah
- Ibadah
- Bahasa Arab
- Akidah
- Akhlak
- Sirah
- Ibadah
- Bahasa Arab
π LATIH
Melatih anak-anak pelajar menjadi imam, muazzin, ketua
Melatih anak-anak pelajar menjadi imam, muazzin, ketua
Membuat latihan- latihan jawi dan pendidikan Islam. Ulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan di sekolah.
π MAHIR
Insya Allah dengan kombinasi bimbing dan latih, anak-anak pelajar akan menjadi lebih mahir.
Insya Allah dengan kombinasi bimbing dan latih, anak-anak pelajar akan menjadi lebih mahir.
W/s or call : 0139754238(Ustazah Maisarah )
π‘ No 1, Lengkok Kledang Raya 9, Taman Sri Tahan, 30100 Ipoh Perak
π Tepi Restoran Sampoy Corner
π Rumah teres corner lot dua tingkat
π Tepi Restoran Sampoy Corner
π Rumah teres corner lot dua tingkat
πππππππππππππ
Jadual Waktu dan Pembelajaran
Jadual Waktu dan Pembelajaran
Jadual A
Isnin-Selasa
9.00-11.00 pagi
Isnin-Selasa
9.00-11.00 pagi
Jadual B
Isnin-Selasa
3.30-5.30 petang
Isnin-Selasa
3.30-5.30 petang
Jadual C (PENUH)
Isnin-Selasa
7.45-9.45 malam
Isnin-Selasa
7.45-9.45 malam
Jadual D
Rabu-khamis
7.45-9.45 malam
Rabu-khamis
7.45-9.45 malam
Yuran : RM50/bulan
Pendaftaran ; RM20
Pendaftaran ; RM20
Sebarang Pertanyaan
Sila hubungi:
π Ustazah Maisarah: 013-9754238
Sila hubungi:
π Ustazah Maisarah: 013-9754238
Jom Ke Kelas Mengaji Al-Isyraq
Ajar Anak Solat
Assalamualaikum
Ramai ibu bapa yang bertanya, selain mengaji ada ajar apa lagi ya?
Alhamdulillah. Selain mengaji Al-Quran dan belajar subjek-subjek pendidikan Islam, kami di Kelas Mengaji Al-Isyraq sangat mekankan bab-bab solat. Kami melatih anak-anak menjadi imam dan bilal, menghafaz bacaan dalam solat dengan betul, menghafaz doa-doa selepas solat dan paling penting sikit demi sikit kami cuba perbetulkan cara solat anak-anak pelajar.
Kenapa kami sangat tekankan perihal solat??
Bak kata orang-orang tua, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Mengajar anak-anak solat biarlah bermula dari kecil.
Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim daripada Amir bun Syuaib, Rasulullah s.a.w bersabda;
" Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka"
Memang menjadi satu cabaran untuk mendidik anak kecil solat. Tetapi, kami di sini akan cuba sedaya upaya mendidik anak-anak pelajar untuk belajar solat. Sesusah manapun mengajar mereka untuk solat, kita tidak boleh berputus asa. Pastikan anak-anak kita mula solat sejak mereka kecil lagi. Anak-anak kecil, hati mereka masih lembut dan suci lagi. Masih senang untuk kita bentuk menjadi seorang muslim yang taat.
Namun, dalam mendidik anak-anak untuk mula bersolat, ada beberapa perkara yang harus kita lihat dan tekankan:
1) CONTOH DARI IBU BAPA
Ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak. Segala apa yang anak-anak lakukan bermula dari rumah. Kami guru di kelas hanya mampu mengajar mereka, perbetulkan kesalahan mereka. Kami tidak sentiasa bersama mereka. Mereka pasti jadikan perbuatan ibu bapa sebagai contoh perbuatan mereka. Ibu bapa yang rajin bersolat, pasti mampu merangsang anak-anak untuk bersolat. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri sudah liat untuk solat, potensi untuk anak-anak tidak bersolat juga tinggi.
Lakukan solat ditempat terbuka yang boleh dilihat oleh anak-anak. Lebih baik ajak anak-anak solat bersama. Jangan dimarahi mereka jika mereka masih bermain-main ketika sedang solat. Ingatkan kisah cucunda Rasulullah s.a.w Saidina Hassan dan Hussin?? Rasulullah tidak marah mereka walaupun baginda terpaksa sujud lama dalam solat.
Ingat ya ibu ayah, anak-anak sedang perhatikan perbuatan anda. Jadi, tunjuk contoh yang baik pada anak-anak.
2) SOLAT SECARA BERJEMAAH
Sesibuk manapun kita, cuba cari ruang untuk solat berjemaah bersama anak-anak. Dari situ, anak-anak akan ijut perbuatan kita bersolat. Selepas bersolat, ambil sedikit masa untuk bercakap dengan anak-anak. Bagitahu harapan kita supaya anak-anak tidak meninggalkan solat.
3) BELIKAN TELEKUNG KANAK-KANAK, KOPIAH YANG SESUAI DAN SELESA
Belikan telekung yang cantik untuk anak perempuan dan kopiah/songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka sebelum mula solat. Boleh beri sedikit pujian ketika mereka memakai telekung/songkok. Jangan dimarahi mereka andai mereka hanya memakainya sekejap sahaja. Tak apa. Ulangi lagi perbuatan itu. Lama-lama mereka sendiri minta untuk dipakaikan telekung/ songkok.
4) MENGHARGAI DAN MEMBERI PUJIAN
Selepas mereka selesai solat, peluklah anak-anak dan beri sedikit pujian. insya Allah mereka akan rasa gembira dan hendak solat lagi selepas itu :)
5) ISTIQAMAH
YA, Istiqamah. Berterusanlah melakukan perkara-perkara di atas. Sabar kerana kesabaran itu penting dalam mendidikan anak-anak mula solat. Jika rasa putus asa, tarik nafas, dan istighfar. Ingatlah, itu satu jihad agama. Jangan hiarkan putus asa membelenggu kita. Jangan biarkan anak-anak tidak solat. Bimbang nanti bila mereka besar mereka sudah terbiasa dan mereka akan meremehkan solat.
Akhirnya, marilah kita sama-sama amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud
" Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan semikian jugalah zuriat keturunanku. wahai Tuhanku!! Perkenankanlah doa permohonanku"
Mudah-mudahan anak-anak menjadi saham terbaik untuk kita di akhirat kelak.
Sunday, 20 December 2015
Kelas Mengaji Al-Quran Al-Isyraq
Bismillah
Assalamualaikum
Alhamdulillah, cuti sekolah ini kelas masih berjalan seperti biasa.. Sepanjang cuti sekolah ini, kami banyak buat hafazan, ulangkaji bab-bab asas akidah, ibadat dan penekanan dalam solat.. Semoga anak-anak pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diajar sepenuhnya..
Ini pandangan hadapan kelas kami.
Ruang hadapan kelas. Kami sediakan kerusi khas untuk ibu bapa yang menunggu anak-anak dan buat anak-anak berehat sementara menunggu ibu bapa datang.
Kawasan tepi kelas. Luas dan selesa untuk aktiviti luar anak-anak.
Ruang solat
Tempat mengambil wuduk bagi lelaki.
Ruang kelas untuk pelajar yang berumur 4-7 tahun. Menempatkan 12-15 orang pelajar pada satu sesi kelas.
Ruang kelas untuk pelajar yang berumur 8-11 tahun.
Alhamdulillah. Kelas baru untuk pelajar yang berumur 12 tahun dan ke atas. 2016 kelas ini akan mula digunakan sepenuhnya.
Kelas Mengaji Al-Quran Al-Isyraq
No 1, Lengkok Kledang Raya 9,
Taman Sri Tahan
30100 Ipoh Perak
Landmark : Restoran Sampoy Corner
Sunday, 6 December 2015
DANA WAQAF AL-ISYRAQ
DANA WAQAF PENDIDIKAN AL-ISYRAQ
Dana Waqaf Pendidikan adalah
alternative yang dikumulkan hasil sumbangan orang ramai untuk membantu
membiayai pendidikan khasnya dalam pendidikan agama. Kesedaran mewujudkan dana
ini adalah umtuk memberi kesempoatan dan peluang kepada pelajar yang mempunyai
kesungguhan dalam mendalami agama tetapi kendala dari aspek kewangan.
Kumpulan sasar:
1)
Anak yatim
2) Pelajar yang datang dari keluarga yang
keterbatasan ekonomi
keterbatasan ekonomi
JENIS DANA WAQAF
1)Dana waqaf Umum
Bersifat umum dan tidak terikat.
Jumlah sumbangan adalah terpulang kepada penyumbang. Tiada batasan waktu
2) Dana Waqaf Individu
Membiayai seorang pelajar hingga tamat mengaji. Jumlah waqaf ialah
nilaian yuran pengajian perbulan iaitu RM50.
Kami mengalu-alukan sumbangan dari
anda semua bagi membantu lebih ramai pelajar untuk terus mengaji sehingga tamat
Sumbangan boleh disalurkan ke :
Am Bank : 8881004107428
(Isyraq Niaga)
Maybank :163064128157
(Siti Maisarah)
“Apabila mati seorang anak adam
(manusia) maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah
jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendokannya”
Subscribe to:
Posts (Atom)