Saturday, 31 May 2014

Kem Bestari Solat (Mei 2014)

Alhamdulilah, Kem Bestari Solat telah berjaya diadakan dengan jayanya di Kelas Pengajian Al Isyraq. Kem ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi siang dan sesi malam. Untuk kem sesi siang, kami bekerjasama dengan Pusat Jagaan Ooo La La Intan dan beberapa buah pusat jagaan yang berdekatan. 

Motif yang disasarkan juga dapat dicapai dengan sempurna walau ada beberapa yang harus diperbaiki terutama ledakan pelajar di saat-saat akhir, agak mengagetkan kami di pihak penganjur. Sambutan yang begitu baik mencerminkan bahwa program-program berunsurkan keIslaman kembali mendapat tempat. Untuk masa mendatang, kem seumpama ini dapat diadakan lebih kerap lagi mengingat matlamat utama kem ini adalah solat dan pengisiannya, ini penting untuk pendedahan awal kepada para pelajar.

Selain menekankan aspek solat dan praktikalnya, diselitkan slot motivasi terutama adab terhadap kedua ibubapa, orang tua serta rakan-rakan. Slot ini penting untuk mengingatkan kembali para pelajar ini apa yang harus dan tidak boleh dilakukan terutama kepada orang tua mereka.





















Tuesday, 20 May 2014

Solat Berjemaah

Alhamdulilah, setiap sesi kelas menggaji akan diselitkan praktikal solat. Antara tujuan utama adalah untuk memastikan para pelajar terbiasa dan mampu menguasai bacaan-bacaan solat serta kesempatan kepada para tenaga pengajar untuk membetulkan rukun-rukun fikli (perbuatan) dan qauli (bacaan). Ibarat pepatah lama mengatakan, 'Alah bisa tegal biasa'. Terkadang, sedikit paksaan diperlukan untuk memulakan asas yang baik.



Saturday, 17 May 2014

Asas-asas Menggaji

Untuk mendapatkan bacaan Al Quraan yang lancar dan benar tajwidnya, asas-asas pengenalan Al Quraan haruslah kukuh terutama huruf hijaiyah serta sebutan yang benar. Prinsip ini sama sepertimana kita sendiri mempelajari A B C D ...... Z, apabila kita mampu mengenali dan mengetahui sebutan asas, adalah mudah untuk kita mengeja dan membaca.
Dewasa ini, pelbagai kaedah menggaji ditawarkan dengan kepelbagaian metode pengajaran. Tapi asas masih sama iaitu mengguasai dan mengenali huruf hijaiyah dengan baik dan sempurna. Bagi kami, metode penggajian Iqra digabung jalingkan dengan Muqadam untuk mempertingkat penguasaan bacaan setiap pelajar agar lebih baik. Muqadam adalah teknik bacaan asas yang banyak dipakai beberapa tahun lalu sebelum kemunculan Iqra. Muqadam membiasakan pelajar-pelajar mengenal huruf asas hijaiyah lebih baik dibandingkan Iqra yang langsung memperkenalkan bacaan berbaris. Ini terkadang mengelirukan pelajar-pelajar dalam setiap sebutan. Selain itu, kaedah muqadam juga lebih baik untuk memperkenalkan asas-asas jawi kepada pelajar-pelajar.

Kem Bestari Solat

Cuti sekolah kian hampir dan pelbagai kegiatan dan rancangan telah diatur untuk memeriahkan cuti sekolah ini. Tidak terkecuali juga dengan kelas pengajian, kami juga merencanakan kem praktikal solat. Kem praktikal solat ini adalah merupakan edisi ke 2, merupakan kesinambungan daripada kem terdahulu yang juga diadakan pada cuti sekolah. Antara idea utama untuk kembali meneruskan kem praktikal solat ini adalah untuk  memantapkan pemahaman asas secara teori dan praktikal serta untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar ini merasakan suasana solat berjemaah yang lengkap yang mana ada imam, bilal serta makmun.

Selain itu, pihak kami juga merasakan pentingnya untuk mendedahkan dari awal tentang solat-solat sunnat yang boleh diamalkan serta solat jenazah.

Jadwal Semasa sesi 2014

Alhamdulilah, banner lama telah ditambah baik terutama berkenaan sesi kelas pengajian dewasa dan kanak-kanak. Dikarenakan masih layak pakai,  pihak kami hanya melakukan sedikit perubahan pada banner memandangkan kelas pengajian masih dalam fasa menaik taraf. Dengan perkembangan semasa, kelas pengajian kanak-kanak sudah mempunyai 3 jadwal iaitu sesi pagi (isnin & selasa), sesi petang (rabu & khamis) dan sesi malam (isnin & selasa). Manakala kelas pengajian dewasa masih tetap pada sabtu & ahad jam 11 pagi.

Pihak kami bukan sekadar menerima pelajar-pelajar baru, tapi turut diperkuat dengan kedatangan seorang tenaga pengajar baru khasnya untuk sesi malam (kelas kanak-kanak). Jadi, keseluruhan tenaga pengajar untuk sesi malam adalah seramai 3 orang. 2 orang ustazah untuk 2 kelas permulaan dan kelas pertengahan, manakala seorang ustaz untuk praktikal solat dan kelas pengajian khas.

Monday, 5 May 2014

Adik, Jom Solat

Dari 'Amru bin Shu'aib, dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata:
"Suruhlah anak-anak kecilmu melakukan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (bila lalai) atasnya pada umur sepuluh tahun dan pisahlah tempat-tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan)".
(H.R Ahmad dan Abu Daud, dalam kitab Nailul Autor, Juzuk 1 Hal 348)


Hadith di atas menunjukkan wajibnya bagi orang tua menyuruh (mendidik) anak-anaknya untuk melakukan solat, apabila mereka sudah berusia tujuh tahun. Dan mereka harus dipikul (diberi hukuman) jika mereka meninggalkannya, apabila berusia sepuluh tahun. Dan mereka harus dipisahkan tempat tidur.



Hamzah (5 tahun) dan Khadijah (6 tahun) dengan buku Adik, Jom Solat..
Alhamdulillah, mereka sekarang sedang menghafal cara-cara mengambil mengambil air sembahyang dan niat-niat solat..
Kami praktik kan terus apa yang mereka hafal supaya mudah bagi mereka mengingati step-step mengambil air sembahyang :)

Ustazah doakan semoga adik Hamzah dan Khadijah cepat menguasai kemahiran solat ini.. Nanti dah umur 7 tahun dah boleh solat dengan sempurna.. Amin..



PENDAFTARAN kelas mengaji Al-Quran dan Fardhu 'Ain Al-Isyraq DIBUKA!!
Sila semak jadual waktu yang telah di sediakan DISINI.