Wednesday, 19 March 2014

Praktikal Solat

Solat adalah perkara yang ditegaskan dalam Al Quraan. Begitu juga kami, sebagai upaya dalam membiasakan dan melatih kanak-kanak ini bersolat, setiap sesi kelas petang akan diakhiri dengan solat asar berjemaah. Manakala untuk sesi malam, sebelum memulakan kelas pada jam 8malam, para pelajar akan solat magrib berjamaah terlebih dahulu (kelas malam bermula pada jam 7.45malam). Sesi pagi masih difikirkan perancangannya, tapi buat masa sekarang praktikal tetap dilakukan.

Sebelum mendirikan solat berjemaah, anak-anak ini kembali diingatkan tentang niat solat, bacaan solat serta wirid ringkas beserta doa pilihan (doa-doa harian). Di samping itu, azan dan iqamah juga dikumandangkan secara bergilir-gilir antara pelajar. Pemilihan imam juga dilakukan secara bergilir-gilir diantara pelajar dan biasanya kami melatih pelajar yang sudah agak berusia (darjah 4 dan ke atas).

Tapi harus diingatkan, bagi kanak-kanak yang masih kecil ini adalah  merupakan praktikal  manakala bagi yang sudah mumayiz, sudah menjadi tanggungjawab kepada mereka untuk menunuaikan solat. Pembelajaran yang berterusan ini juga harus mendapat kerjasama yang penuh daripada kedua ibu bapa pelajar dengan selalu memantaunya di rumah.






Sirah Nabi

Di samping menekankan aspek tahsin dan tajwid Al Quraan, pihak kelas turut menyisakan sedikit waktu untuk bercerita tentang kisah para rasul dan sahabat. Ini adalah penting dalam pembentukan sahsiah diri yang baik di mana setiap daripada kisah para rasul dan sahabat ini tersimpan beribu tauladan yang boleh dicontohi.

Melalui pembelajaran melalui penceritaan ini juga dapat menarik minat setiap pelajar agar memahami Islam secara asas sesuai dengan usia mereka terutama dalam aspek kehidupan mereka sehari-hari seperti menghormati orang tua, adab bercakap, adab menjaga kebersihan dan lain-lain lagi. 

Proses pembelajaran seperti ini juga merupakan satu kaedah dan teknik yang baik memandangkan tahap fokus kanak-kanak adalah terbatas.

Bercerita tentang kisah tentera bergajah Abrahah


Kelas Pengajian Luar

Dalam memenuhi kehendak semasa, pihak kami juga ada menawarkan khidmat Kelas Pengajian Luar. Kelas Pengajian Luar dapat diartikan sebagai proses pembelajaran / pengajian yang diadakan di luar pusat pengajian. Terdapat dua jenis kelas yang ditawarkan iaitu Kelas Pengajian Rumah dan Kelas Pengajian Pejabat.

Kelas pengajian luar adalah merupakan alternatif kepada pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan hadir ke pusat pengajian dikarenakan keterbatasan waktu.

Kelas Pengajian Rumah  
Proses pembelajaran diadakan dirumah pelajar baik untuk kanak-kanak ataupun dewasa.



Kelas Pengajian Pejabat
Proses pembelajaran diadakan di pejabat dan dikhaskan kepada dewasa sahaja. Kebiasaan kelas ini dilakukan dalam kelompok kecil sahaja iaitu dalam 2-3 orang untuk satu sesi.


Antara silibus yang ditawarkan adalah sama seperti mana di kelas pengajian utama iaitu tahsin AlQuraa, tajwid, asas Fardu Ain dan jawi tapi ianya bergantung kepada permintaan pelajar sendiri.

Caj yang dikenakan bervariasi bergantung kepada lokasi.

RM 30/jam : untuk kawasan Silibin, gugusan Manjoi, Jelapang, Kledang

RMxx/jam (Rundingan) :untuk kawasan di luar Silibin, gugusan Manjoi ( Meru, downtown Ipoh dan lain-lain) 




Monday, 17 March 2014

Kelas Mengaji Ke Rumah


Bismillah
Assalamualaikum

Dewasa ini, kesibukan ibu bapa ataupun  diri sendiri menyebabkan kekangan waktu untuk belajar mengaji Al-Quran di tempat yang khusus.. Oleh itu, kami di Kelas Pengajian Al-Isyraq turut menawarkan kelas mengaji untuk kanak-kanak atau dewasa ke rumah.

Lokasi : Gugusan Manjoi, Silibin, Meru, Jelapang, Kledang

Yuran : RM30/jam 

Waktu : Ditetapkan oleh pelajar


Bagi yang tinggal berdekatan dengan Tambun, anda tidak perlu risau kerana kami ada guru yang tinggal di kawasan tersebut. Anda boleh hubungi Ustazah Maisarah untuk maklumat lanjut.




Kelas Mengaji Ke Rumah
Kawasan Manjoi
~Pelajar sedang buat latihan tajwid~


Sunday, 16 March 2014

Kelas Pengajian Sesi Malam

Alhamdulilah, kelas pengajian Al Quraan sesi malam untuk kanak-kanak sudah beroperasi hampir satu bulan. Kelas sesi malam ini diperkenalkan untuk kanak-kanak yang tinggal berdekatan disamping untuk mengehadkan jumlah pelajar untuk kelas sesi petang yang rata-ratanya didominasi oleh kanak-kanak yang transit di pusat jagaan harian yang berdekatan (Pusat Jagaan Harian Oo Lala).




Pamflet

Dalam rangka mempromosikan kelas pengajian kami, pamflet-pamflet telah diedarkan dari rumah ke rumah meliputi kawasan berdekatan kelas pengajian. Alhamdulilah, jumlah pelajar telah bertambah sedikit demi sedikit. Tanpa mengurangkan rasa komitmen dan fokus pembelajaran, setiap kelas dan sesi dihadkan hanya sekitar 15 orang untuk kelas kanak-kanak dan 5-6 orang untuk kelas pengajian dewasa. Batasan dalam jumlah pelajar amat diperhatikan agar mutu pembelajaran dapat dijaga dan dipantau disamping keselesaan kepada pelajar-pelajar sendiri.


Jadwal Semasa Kelas Pengajian Al Isyraq 2014

KELAS MENGAJI AL-QURAN DAN TAJWID (DEWASA)

*Khas untuk orang dewasa (keutamaan perempuan)

*8 jam sebulan

*2 kali seminggu

*Waktu: Sabtu dan Ahad 

               Pagi     : 11.00-1.00
               Petang : 3.00-5.00

*Individu atau berkumpulan (max:5 orang)

*penambahan masa belajar boleh dirunding


*Yuran RM70


KELAS MENGAJI AL-QURAN/IQRA' DAN JAWI (KANAK-KANAK)

*Uuntuk kanak-kanak (5-17 tahun, lelaki/perempuan)

*8 jam sebulan

*2 kali seminggu

*Waktu:

  Pagi     : Isnin dan Selasa ( 9.30-11.00)
  Petang : Rabu dan Khamis ( 3.30-5.15)
  Malam : Isnin dan Selasa ( 7.45-9.30 mlm)

*penambahan waktu belajar boleh dirunding

Kelas Pengajian Dewasa

 Kelas Pengajian Al-Isyraq menawarkan kelas pengajian dewasa seperti berikut:

* Keutamaan kepada wanita

* 2x seminggu , 16 jam sebulan

* Waktu
   Sabtu dan Ahad
   Pagi       :   11.00 pg - 1.00 t/hari
   Petang   :   3.00 - 5.00 ptg

* Yuran : RM70 sebulan

* Pendaftaran : RM15 untuk nota-nota tajwid, file, buku tulis


Pembelajaran tajwid
Bab : MAD

Pelajar dewasa kelas sesi petang



Alat Bantu Mengajar

Di samping pembelajaran berdasarkan silbus yang ditetapkan, kami juga turut menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar dalam membantu proses pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar ini sedikit sebanyak telah mempelbagaikan proses pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan interakif.






Silibus Pembelajaran

Dalam rangka memantapkan asas pembelajaran Al Quraan dan pendidikan Jawi, pihak kami menyesuaikan silibus yang kami ada dengan silibus yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran iaitu di bawah program JQAF ( Jawi, Al Quraan dan Fardu Ain). 

Di samping itu, kami juga menekankan konsep pembelajaran yang lebih interaktif untuk menarik minat belajar kanak-kanak. Seperti mana yang kita ketahui, perkembangan kanak-kanak terkait rapat pada umur mereka yangmana mencerminakan kesanggupan mereka dalam mengolah sesuatu yang baharu. Kanak-kanak mudah mencerna ilmu yang baru dengan cara mereka yang tersendiri iaitu, belajar sambil bermain. Oleh hal yang demikian, kami cuba menggabungkan apa yang terbaik dalam menarik minat belajar.

Kami juga mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar yang berpengalaman khasnya berkenaan penerapan asas pendidikan untuk  kanak-kanak pra sekolah.


Program Najaahul Hayah

Alhamdulilah, pihak kami melalui Kelas Pengajian Al Isyraq telah mengadakan program sempena cuti sekolah pada November 2013 yang lepas. InsyAllah, program yang sama akan diadakan di masa mendatang dengan menekan konsep dan pendekatan yang lebih komprehensif dan interaktif.

Program Najaahul Hayah mula diperkenalkan pada cuti sekolah November 2013 yang lepas dengan menekankan aspek kehidupan seorang muslim. Antara yang ditekan dalam program ini adalah hafazan surah-surah pilihan, hafazan doa, asas pengurusan jenazah, kem bestari solat, tahsin Al Quraan, perkasa jawi, praktikal wudu', tayamum serta banyak lagi.

Program ini alhamdulilah telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakan dari masyarakat atas kesedaran ibubapa/penjaga pentingnya pendidikan agama secara dini dan berterusan.


Friday, 14 March 2014

Kemaskini BLOG

Sebelum blog dapat dikamaskini dengan lebih terperinci, pihak kami sedang mengumpul kembali data-data untuk dihebahkan kepada anda semua. InsyAllah, dalam waktu terdekat blog akan lebih meriah dan berinfo. Ini dikarenakan keterbatasan kami dalam memikirkan konsep dan gabungan idea untuk blog ini, mungkin dapat dimaklumi kerana keterbatasan ilmu teknologi maklumat :)

Thursday, 13 March 2014

Salam 2014

Alhamdulilah, blog Isyraq Niaga kembali dapat diaktifkan kembali ke dunia maya. Pembangunan blog ini terkendala lantaran kesibukan admin dalam menyelenggara kelas pengajian Al Quraan & Iqra' yang pada ketika itu baru mula bertapak. Dan sekali lagi segala puji bagi Nya, Kelas Pengajian Al Quraan Al Isyraq kian dikenali penduduk setempat. Di samping sibuk dalam menguruskan kelas pengajian, admin juga sibuk dalam menjajaki usaha-usaha lain yang dapat dikembangkan. InsyAllah, segala usaha niaga ini akan sama-sama admin kongsikan bersama dalam waktu terdekat.